Close

Sony Xperia 10 VIII diperkenalkan – Cip Snapdragon 6 Gen 3, bicu audio 3.5mm dan kamera 50MP

Sony secara rasmi memperkenalkan peranti baru iaitu Xperia 10 VIII, merupakan fon kelas pertengahan yang hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Xperia 10 VIII masih mengekalkan rekaan yang sama seperti model sebelumnya, hadir dengan modul kamera seperti pil. Menggunakan skrin LTPS OLED bersaiz 6.1-inci dengan resolusi FHD+. Sony menyatakan peranti ini mempunyai kecerahan skrin 50% lebih tinggi serta menyokong paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony Exmor RS + 13MP Ultra Lebar dan swafoto 8MP

Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Sony Xperia 10 VIII masih mengekalkan slot kad microSD dan bicu audio 3.5mm. Ciri ini menjadikan peranti ini kekal relevan bagi pengguna yang memerlukan fleksibiliti audio dan storan tambahan tanpa bergantung kepada penyesuai (dongle).

Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti butang kamera fizikal, penarafan IP65/68 dan pembesar suara jenis stereo. Untuk pasaran Eropah, Xperia 10 VIII dijual pada harga bermula sekitar €599 (RM2854) dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna Frozen White, Frosted Grey, dan Misty Lilac.

ARTIKEL BERKAITAN