Close

Sir Redmi Note 17 diumumkan – Empat pilihan model dengan bateri 10,000mAh

Xiaomi secara rasmi telah memperkenalkan siri REDMI Note 17 ke pasaran tempatan. Hadir dengan empat pilihan model iaitu REDMI Note 17 (4G), REDMI Note 17 5G, REDMI Note 17 Pro 5G dan model paling premium dalam siri ini iaitu REDMI Note 17 Pro Max.

REDMI Note 17 Pro Max

Redmi Note 17 Pro Max hadir dengan skrin CrystalRes AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2.

  • Dijanakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan kapasiti bateri yang besar 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge dan pengecasan berbalik 27W.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapa dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti WiFi 6, Bluetooth 6.0, penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.

REDMI Note 17 Pro 5G

Untuk model Pro, ia mengekalkan saiz skrin yang sama seperti versi Pro Max tetapi dengan cip dan kapasiti bateri yang berbeza. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Dimuatkan dengan bateri 8340mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge dan pengecasan berbalik 22.5W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan kamera swafoto 16MP. Peranti ini turut menyokong penarafan IP66/IP68/IP69/IP69K dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.

REDMI Note 17 5G

REDMI Note 17 5G menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.99-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 4 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan 256GB UFS 2.2.

Menggunakan kamera belakang 50MP dan swafoto 16MP serta dimuatkan dengan bateri 7700mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan berbalik 22.5W. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong NFC, Bluetooth 5.1 dan penarafan IP65. Peranti ini menjalankan Xiaomi HyperOS 3 serta menerima sokongan kemas kini keselamatan selama 6 tahun.

REDMI Note 17 4G

REDMI Note 17 4G berkongsi spesifikasi yang hampir sama seperti versi 5G dengan perbezaan ketara pada cip pemprosesan. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.99-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan 256GB UFS 2.2. Menggunakan kamera belakang 50MP dan swafoto 16MP serta dimuatkan dengan bateri 7700mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan berbalik 22.5W.

Untuk spesifikasi lain, ia menyokong NFC, Bluetooth 5.1 dan penarafan IP65. Peranti ini menjalankan Xiaomi HyperOS 3 serta menerima sokongan kemas kini keselamatan selama 6 tahun.

Siri REDMI Note 17 dijadualkan tiba di Malaysia pada 2 September 2026. Namun, pra-tempahan telahpun dibuka bermula sekarang sehingga 2 September 2026 di Xiaomi Stores. Untuk setiap pra-tempahan akan menerima diskaun eksklusif RM300 dan hadiah percuma, tertakluk pada terma dan syarat.

ARTIKEL BERKAITAN