Close

HUAWEI dedah rekaan Mate XT 2 – Guna mekanisme lipatan berbeza

HUAWEI secara rasmi mendedahkan rekaan fon tri-lipat baru mereka iaitu Mate XT 2. Sekaligus, memberikan gambaran awal mengenai rekaan peranti tersebut.

Melalui perkongsian tersebut, Mate XT 2 tidak lagi menggunakan mekanisme lipatan luar dan dalam atau zig-zag. Sebaliknya, HUAWEI menggunkan mekanisme lipatan ke dalam berbentuk G membolehkan ketiga-tiga skrin dilipat ke tengah.

Perubahan ini bukan sahaja memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik, tetapi turut dapat melindungi skrin utama daripada calar atau rosak apabila peranti dilipat. Selain itu, HUAWEI masih mengekalkan rekaan modul kamera berbentuk oktagonal yang menjadi identiti siri Mate XT.

Walaupun menggunakan rekaan modul kamera yang sama namun, kedudukan kamera kini diubah berada di bahagian tengah. .Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan tetapi beberapa laporan menyatakan peranti ini berkemungkinan hadir dengan cip Kirin 9050 Pro, tri-kamera belakang dan bateri 6000mAh.

Pada acara yang sama, HUAWEI dijangka akan turut mengumumkan sistem operasi HarmonyOS 7, dijangka membawa pelbagai penambahbaikan yang mengoptimumkan paparan skrin besar. HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran peranti ini pada 7 September 2026 di China.

ARTIKEL BERKAITAN