Close

vivo V80 Lite kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1499

vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan model baru di bawah siri ‘V’ iaitu V80 Lite. Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan kapasiti bateri 10,000mAh.

V80 Lite hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K. Skrin ini turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7360e yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LDPRR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai ciri AI seperti AI Starlight, Smart Eraser 3.0, Smart Photo Enhancements dan lain-lain.

V80 Lite dimuatkan dengan bateri sebesar 10,000mAh yang menggunakan teknologi bateri BlueVolt. Bateri peranti ini mampu bertahan sehingga 32 jam 37 minit dalam ujian Battery Endurance Test. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas 44W.

Untuk spesifikasi lain, peranti ini menyokong penarafan IP68/IP69, Bluetooth 5.2, NFC, lima ketahanan gred tentera (MIL-STD), pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalan sistem operas Origin OS yang berasaskan Android 16.

Di Malaysia, vivo 80 Lite dijual pada harga bermula RM1499 untuk 6GB + 128GB, RM1799 untuk 6GB + 256GB dan RM1999 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Green, Pink dan Black.  Sempena ketibaanya, peranti ini ditawarkan pada harga promosi yang menarik RM1399 untuk 6GB + 128GB, RM1699 untuk 6GB + 256GB dan RM1899 untuk 8GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN