Close

RedMagic Astra 2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM4599

nubia secara rasmi memperkenalkan tablet baru yang memfokuskan kepada permainan iaitu RedMagic Astra 2. Seperti namanya, peranti ini hadir dengan spesfisikasi yang berkuasa dan dimuatkan dengan pelbagai ciri yang memfokuskan kepada permainan.

RedMagic Astra 2 dilengkapi dengan skrin LTPO OLED bersaiz 9.06-inci dengan resolusi 2.4K. Selain itu, skrin ini turut menyokong paparan 185Hz dan touch sampling rate sehingga 300Hz. Untuk prestasi, tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan cip khas RedCore R4. Cip tambahan ini membantu untuk mengoptimumkan grafik serta memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar.

RedMagic Astra 2 dimuatkan dengan bateri 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 75W. Tablet ini hadir dengan dua port USB-C yang menyokong teknologi USB 2.0 dan juga USB 3.2 Gen 2. untuk pemindahan data yang lebih pantas.

Untuk fotografi, ia menggunakan kamera belakang 13MP dan swafoto 9MP. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi RedMagic OS 11.5 berasaskan Android 16.

Untuk pasaran Malaysia, RedMagic Astra 2 dijual pada harga bermula RM4599 untuk 12GB + 256GB dan RM5399 untuk 16GB + 512GB. Seiring dengan ketibaanya, RedMagic menawarkan diskaun RM1000 bersama promosi eksklusif bermula 8 hingga 30 September 2026, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma ASTRA 2 Tablet Screen Protector, ASTRA 2 Tablet Magnetic Cooling Case (Black) dan CMF Buds 2a.

ARTIKEL BERKAITAN