HONOR mengesahkan siri Magic9 akan diperkenalkan pada 28 September ini di China. Menariknya,HONOR turut berkongsi beberapa maklumat awal mengenai peranti ini.

Siri Magic9 bakal hadir dengan rekaan modul kamera berbentuk segi empat dan terdapat tiga bonggol kamera yang dimuatkan pada bahagian tersebut. Terdapat juga penjenamaan ARRI yang diletakkan pada modul kamera memberikan gambaran peranti bakal hadir dengan kemampuan fotografi yang lebih baik.

Peranti ini dijangka hadir dengan dwi-kamera 200MP untuk memberikan pengalaman dan kemampuan fotografi yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya. HONOR turut memperkenalkan teleconverter baru 500mm dan siri Magic9 akan ditawarkan dengan pilihan warna baru iaitu Moss Green.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang pelancarannya. Untuk pasaran China, siri Magic9 telahpun dibuka untuk pra-tempahan.