Close

HONOR mungkin perkenal model ‘Super Edition’ dengan bateri 11,000mAh

HONOR telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 28 September ini. Pada acara ini, HONOR bakal memperkenalkan peranti andalah baru mereka iaitu siri Magic9.

Terbaru, HONOR berkemungkinan akan memperkenalkan tiga pilihan model iaitu Magic9, Magic9 Pro Max dan juga Magic9 Super Edition. Paling menarik, model baru iaitu Magic9 Super Edition dikatakan bakal hadir dengan bateri sebesar 11,000mAh

Menurut laporan sama, Magic9 Super Edition bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci dengan paparan 165Hz dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama sistem penyejukan dengan kipas terbina. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP. Walau bagaimanapun, model ini dilaporkan tidak akan menggunakan sistem kamera dengan penjenamaan ARRI seperti model Magic9 lain.

Sementara itu, Magic9 Pro Max dikatakan bakal menjadi model paling premium dalam siri ini. Menggunakan skrin bersaiz 6.8-inci, dua kamera dengan sensor 200MP ARRI, cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme dan bateri sebesar 8800mAh.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang pelancarannya. Untuk pasaran China, siri Magic9 telahpun dibuka untuk pra-tempahan.

ARTIKEL BERKAITAN