iQOO secara rasmi mengesahkan peranti andalan terbaru mereka iaitu iQOO 16 akan tiba ke pasaran tempatan pada November 2026.

iQOO 16 telahpun diperkenalkan di China hadir dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi prestasi, teknologi skrin dan juga sistem penyejukan. Selain itu, peranti ini merupakan peranti terawal yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6.

Untuk pasaran China, peranti ini dilengkapi dengan skrin M16 AMOLED bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1440 x 3168. Turut menyokong paparan 165Hz dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dengan 3x zum optik dan swafoto 32MP.
Tarikan utama pada peranti ini adalah pada kapasiti bateri, dimuatkan dengan bateri sebesar 8400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan 40W tanpa wayar. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah spesifikas sama akan ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.
Peranti ini dijangka akan tiba secara rasmi di Malaysia pada November 2026. Bagaimanapun, harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan.