Model paling premium dalam siri Xiaomi iaitu Xiaomi 18 Ultra mungkin tidak akan diperkenalkan atau dibatalkan.

Menurut laporan, Xiaomi 18 Ultra telah dikeluarkan dari perancangan untuk diperkenalkan. Antara sebab peranti tersebut dibatalkan adalah kerana harga jualan yang terlalu tinggi. Harga jualan untuk Xiaomi 18 Ultra dikatakan mencapai sekitar CNY10,000 (RM6095) untuk 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, lebih tinggi berbanding Xiaomi 17 Ultra yang dijula pada harga sekitar CNY7000 (RM4265) untuk 12GB RAM dan storan 512GB.
Sekiranya peranti ini tetap diperkenalkan, Xiaomi 18 Ultra dijangka hadir dengan tetapan kamera yang mengagumkan, guna tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP dengan teknologi LOFIC + 200MP Periskop dengan teknologi LOFIC + 200MP Ultra Lebar.
Xiaomi 18 Ultra has been cancelled, and its specs just leaked đź‘€
— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) October 5, 2026
As per Digital Chat Station, Xiaomi planned a crazy camera phone but killed it because the price would have been too high.
– Three 200MP cameras
– 1/1.12 inch LOFIC main camera, a new sensor tech that keeps bright… pic.twitter.com/bbXoWKZu2E
Selain tetapan kamera yang mengagumkan, peranti ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin jenis rata dengan bingkai setebal 1mm dan pembesar suara simetri.
Walau bagaimanapun, laporan ini masih diperingkat awal dan tiada pengesahan rasmi yang dikeluarkan oleh Xiaomi mengenainya.