Rekaan rasmi kereta elektrik pertama Xiaomi akhirnya didedahkan selepas dikesan melalui pangkalan data Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Melalui maklumat tersebut, terdapat dua nombor model dikesan iaitu BJ7000MBEVR2 (SU7) dengan motor tunggal dan BJ7000MBEVA1 (SU7 Max) dengan dwi-motor. Kedua-dua model merupakan sedan empat pintu.

Xiaomi SU7 dilengkapi dengan motor tunggal dengan kuasa 295 hp, berat 1980 kg dan kelajuan maksimum pada 210 km/j. Manakala Xiaomi SU7 Max, hadir dengan dwi-motor dengan kuasa 664 hp, berat 2205 kg dan kelajuan maksimum pada 265 km/j. Xiaomi juga dikatakan akan mempunyai satu lagi pilihan varian iaitu SU7 Pro yang menawarkan kemampuan yang hampir sama seperti SU7 Max.

Kereta elektrik pertama dari Xiaomi ini dijangka akan dilengkapi dengan teknologi bateri CATL, sensor LiDAR dan dikuasakan dengan sistem operasi HyperOS. Akan mula dijual pada awal tahun 2024 dengan harga jualan mungkin bermula sekitar CNY300,0000 (RM195K).