Close

Apple MacBook Pro M3 dan iMac M3 dah boleh dibeli di Malaysia

Selepas hampir sebulan diperkenalkan, Apple MacBook Pro M3 dan iMac M3 akhirnya boleh dibeli di Malaysia bermula hari ini. Kesemua model baharu ini dijana dengan siri cip M3 yang menjanjikan sejumlah peningkatan dari semua aspek.

MacBook Pro dengan cip M3 ini menawarkan peningkatan 11 kali ganda lebih pantas dari MacBook Pro yang dijana dengan cip Intel. Selain itu, ia turut menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang sehingga 22 jam dan sistem penyejukan yang lebih baik melalui advanced thermal architecture.

Untuk harga jualan, MacBook Pro 14-inci dengan cip M3 dijual pada harga RM7499, cip M3 Pro RM8299 dan cip M3 Max RM9999. Untuk MacBook Pro 16-inci pula ia dijual pada harga bermula RM11,999 untuk cip M3 Pro dan RM15,999 untuk cip M3 Max.

Manakala untuk iMac M3, ia ditawarkan dalam satu pilihan cip sahaja iaitu M3. Hadir dengan 8 teras CPU dan 10 teras GPU yang dipadankan dengan sokongan RAM sehingga 24GB. Menjanjikan peningkatan prestasi 2 kali ganda lebih pantas berbanding iMac dengan cip M1.

iMac M3 dijual pada harga bermula RM6299 dan mencecah sekitar RM8099 yang didatangkan dengan konfigurasi RAM, storan dan port sambungan yang lebih banyak.

ARTIKEL BERKAITAN