Close

WhatsApp perkenalkan fungsi ‘Secret code’ – Ini yang perlu anda tahu

Selepas memperkenalkan fungsi Chat lock, WhatsApp kini memperkenalkan satu lagi fungsi baharu untuk perbualan iaitu ‘Secret code’. Fungsi ini dicipta untuk memberikan keselamatan tambahan kepada perbualan tertentu atau sensitif yang disorokkan.

Fungsi ini memerlukan pengguna menetapkan secret code pada perbualan yang ingin disorokkan dan perbualan tersebut tidak akan dipaparkan. Perbualan hanya akan dipaparkan selepas pengguna memasukkan secret code pada bar carian. Lebih menarik, perbualan tersebut akan disorokkan semula sekiranya pengguna keluar dari aplikasi.

Fungsi ini berbeza dengan Chat lock yang memerlukan pengesahan melalui Face ID atau pengimbas cap jari untuk mengakses perbualan yang disorokkan.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu tap pada sesuatu perbualan seterusnya, tekan pada titik menu dan pilih Chat lock. Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia pada semua pengguna dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN