Kita telahpun disajikan dengan pelbagai laporan mengenai PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) biarpun acara pelancarannya masih lagi panjang iaitu sekitar November 2024.
This is what AMD leaker said about 56 out of 60 CUs assumption for the PS5 pro so these might be fake. https://t.co/zZmBnNpnVG
— ked | 🎮 yakuzakiwami2 (@PC_FF_FAN) December 11, 2023
Terbaru, terdapat laporan mendedahkan spesifikasi penting yang akan digunakan pada PS5 Pro. Projek pembangunan PS5 Pro ini akan menggunakan nama ‘Project Trinity‘. PS5 Pro Dijangka akan membawakan spesifikasi yang lebih baik dan berkuasa berbanding model semasa.

Menurut laporan, PS5 Pro akan dikuasakan dengan CPU AMD Zen2 dengan 8 teras yang berkelajuan pada 4.4Ghz. Cip pemproses baharu ini akan dipanggil sebagai Viola dan menggunakan teknologi binaan N4P dari TSMC. Untuk pretasi grafik, ia akan dijana dengan GPU RDNA3 yang mempunyai 60 Compute Unit bersama dengan memori GDDR6 16GB.
Walaubagaimanapun, spesifikasi ini tidak dapat disahkan kebenarannya. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Sony semestinya akan menawarkan spesifikasi yang lebih berkuasa.