Close

Siri OnePlus 12 akan tiba secara global pada 23 Januari 2024

OnePlus telah menjadualkan acara pelancaran global untuk OnePlus 12 pada 23 Januari 2024. OnePlus 12 telahpun dilancarkan lebih awal di China pada 5 Disember lalu.

Walaubagaimanapun, OnePlus tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi, penawaran dan ketersediaannya. Di China, OnePlus 12 hadir dengan skrin OLED LTPO 3.0 bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM 24GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT808 OIS+ 48MP ultra lebar + 64MP periskop. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 32MP. Bateri 5400mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W reverse wireless.

Pada acara tersebut OnePlus akan turut melancarkan satu lagi peranti iaitu OnePlus 12R. Buat masa ini, spesifikasi OnePlus 12R masih tidak diketahui.

OnePlus 12 dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN