Telefon mampu milik dari Nothing iaitu Phone (2a) dijangka akan menjadi peranti pertama dikuasakan dengan cip dari MediaTek. Sebelum ini, Nothing Phone hanya dikuasakan dengan cip dari Qualcomm.
Meet the Nothing Phone (2a)!
— Dylan Roussel (@evowizz) December 15, 2023
Model: A142.
Codenames: Pacman / Aero(dactyl?).
Nothing's next phone comes with a Mediatek SoC for the first time. The Mediatek Dimensity 7200. It has 3 Glyph parts, and a brand new design.
Launch event at MWC? pic.twitter.com/UTwk2bUjjA
Menurut laporan, Phone (2a) akan menggunakan nombor model A142 dan dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 7200. Dengan menggunakan cip MediaTek Phone (2a) akan dapat dijual dengan lebih murah.

Dari segi rekaan, Phone (2a) akan tampil dengan rekaan yang berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Nothing. Lampu ikonik LED Glyph dan elemen lutsinar turut akan dimuatkan pada Phone (2a) namun dengan susunan berbeza. Rekaan kamera belakang menggunakan rekaan berbentuk bulat dengan tetapan dwi-kamera.

Nothing Phone (2a) mungkin akan diperlihatkan pada acara MWC 2024 di Barcelona yang akan berlangsung 27 Februari.