WhatsApp bakal memperkenalkan fungsi baharu pada aplikasi mereka. Fungsi tersebut akan dikenali sebagai Share music audio yang membolehkan audio muzik dikongsi ketika panggilan video sedang dibuat.

Fungsi ini hanya boleh digunakan untuk panggilan video melalui screen-sharing sahaja. Tidak terhad kepada audio sahaja ia turut menyokong audio dari video atau sebarang jenis audio juga boleh dikongsi melalui panggilan video yang sama.

Namun begitu, fungsi ini hanya boleh digunakan untuk panggilan video yang aktif sahaja. Sekiranya, panggilan video tidak aktif atau dimatikan fungsi ini tidak boleh digunakan. Fungsi ini dijangka akan menjadi panggilan video lebih interaktif sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan hanya tersedia untuk pengguna beta sahaja buat masa ini. Fungsi ini dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.