Apple akan terus menggunakan modem dari Qualcomm sehingga 2027. Perkara tersebut disahkan melalui laporan kewangan Qualcomm untuk suku pertama 2024.
In an also not surprising development, on the @Qualcomm call, it was mentioned:
— Ben Bajarin (@BenBajarin) January 31, 2024
"Apple exercised its unilateral option to extend its global patent license agreement for an additional two years, taking the existing agreement through to March 2027"
Laporan kewangan tersebut menunjukan yang Apple melanjutkan perjanjian cip modem Qualcomm sehingga 2027. Perjanjian yang sepatutnya tamat pada 2026 dilanjutkan selepas Apple menghadapi masalah untuk menghasilkan modem mereka sendiri.

Sebelum ini, Apple merancang untuk menggunakan modem mereka sendiri bagi mengurangkan kebergantungkan kepada pihak ketiga. Namun, perkara tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang. Apple sepatutnya mula menggunakan modem sendiri bermula 2024 namun perkara tersebut tidak berlaku.
Apple ketika ini menghadapi masalah untuk menghasilkan modem sendiri disebabkan perlu menulis semula kod intel dan mengelak dari melanggar paten modem dari Qualcomm. Berikutan itu, Apple mungkin mengambil masa yang lebih panjang sebelum boleh menghasilkan modem mereka sendiri.