WhatsApp kini sedia untuk membawakan fungsi baru untuk pengguna mereka. Fungsi baru tersebut membolehkan pengguna untuk berkongsi status suara atau voice note sehingga 60 saat.

Melalui perkongsian WABetaInfo, memperlihatkan tangkap layar mengenai fungsi perkongsian status suara sehingga 60 saat. Sebelum ini, perkongsian status suara hanya menyokong sehingga 30 saat sahaja. Kehadiran fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi status suara yang lebih panjang tanpa perlu melakukan suntingan atau sebagainya. Selain itu, fungsi ini menjadikan proses komunikasi lebih jelas dan lebih padat.
Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan tersedia untuk pengguna Android dan iOS. Jadi, ia dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.