Bank Islam memaklumkan semua pengaktifan perbankan internet dan juga Go by Bank Islam perlu dilakukan melalui ATM bermula 30 Jun 2024.

Pengaktifan melalui ATM ini hanya perlu dilakukan untuk pendaftaran pertama kali atau pendaftaran untuk peranti baru. Namun begitu, untuk pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan ini pada peranti sedia ada tidak lagi perlu melakukan proses ini. Selain itu, pengguna perlu menunggu sekitar 12 jam sebelum boleh melakukan transaksi.
Menurut Bank Islam, pengaktifan melalui ATM ini adalah untuk meningkatkan lagi langkah keselamatan. Dalam pada itu, ia selari dengan piawaian keselamatan terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Walaubagaimanapun, pengaktifan turut boleh dibuat melalui cawangan Bank Islam atau melalui khidmat pelanggan untuk pengguna luar negara. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di talian 603-26900900 atau e-mel di [email protected].