WhatsApp bakal perkenal fungsi baru untuk panggilan audio dan video untuk pengguna Android.

Fungsi baru tersebut telahpun diuji pada pengguna Android melalui kemas kini WhatsApp 2.25.10.16. versi beta. Antara fungsi baru yang akan diperkenalkan adalah mute button atau butang bisu, membolehkan pengguna mematikan mikrofon secara terus melalui panel notifikasi sesama menjawab panggilan suara.
Fungsi seterusnya adalah incoming video calls atau panggilan masuk video, membolehkan pengguna mematikan fungsi kamera sebelum menjawab panggilan video. Fungsi ini dapat meningkatkan lagi privasi pengguna lebih-lebih lagi sekiranya menerima panggilan video dari nombor yang tidak dikenali.
Selain itu, terdapat juga fungsi emoji reactions atau reaksi emoji yang membolehkan pengguna memberi reaksi emoji secara langsung semasa panggilan video. Fungsi ini dapat memberikan pengalaman perbualan yang lebih baik dan menyeronokkan.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian dan tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersediaan pada pengguna.