Apple berkemungkinan akan memperkenalkan set kepala generasi baru iaitu Vision Pro 2 pada tahun ini.

Menurut laporan, Apple telahpun memulakan pengeluaran besar-besaran komponen utama untuk Vision Pro 2. Laporan lain mendedahkan terdapat pembekal yang diarahkan untuk memenuhi pesanan komponen untuk peranti tersebut.
Sebelum ini, Apple dilaporkan telah mengurangkan pengeluaran Vision Pro dengan rancangan untuk menghentikan pengeluaran secara sepenuhnya pada penghujung tahun ini. Stok sedia ada dikatakan mencukupi sehingga Vision Pro 2 diperkenalkan.

Vision Pro 2 dijangka akan kekal dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya. Peningkatan ketara pada Vision Pro 2 adalah dari segi prestasi yang mana ia akan dikuasakan dengan dengan cip M5.
Walaupun Vision Pro tidak mendapat sambutan yang baik dari segi jualan namun perkara tersebut tidak menjejaskan rancangan Apple untuk memperkenalkan Vision Pro 2.