Close

Cara ‘link’ akaun Instagram pada profil WhatsApp

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. WhatsApp kini membolehkan pengguna menambah atau menyertakan pautan media sosial seperti Instagram pada profil mereka.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh meletakkan atau menambah pautan Instagram pada bahagian tetapan profil. Fungsi ini tersedia pada kedua-dua platform iaitu Android dan iOS. Selain itu, fungsi ini memudahkan pengguna lain atau kenalan mencari anda pada platform media sosial lain.

Cara tambah pautan Instagram pada profil WhatsApp :

  • 1- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke ‘Setting’
  • 2- Pergi ke bahagian ‘Profile’ kemudian pilih ‘Links’
  • 3- Seterusnya, pada ‘Add Links’ masukkan akaun Instagram
  • 4- Tekan ‘Save’ dan proses selesai.

Selepas ditambah, pautan Instagram akan dipaparkan bersama dengan maklumat lain seperti nama dan nombor telefon. Pengguna mempunyai pilihan untuk menambah atau memadam pautan pada bila-bila masa. Selain itu, pengguna lain akan dapat melihat pautan tersebut melalui profil.

Walau bagaimanapun, fungsi ini belum lagi tersedia pada semua pengguna. Fungsi ini dijangka akan ditawarkan secara berperingkat kepada lebih banyak pengguna. Pada percubaan, fungsi ini telahpun tersedia pada peranti kami.

ARTIKEL BERKAITAN