Close

Sony naikkan harga langganan PlayStation Plus di Malaysia

Sony Interactive Entertainment bakal menaikkan harga langganan PlayStation Plus di beberapa negara termasuk Malaysia.

Kenaikkan harga langganan tersebut akan dilaksanakan bermula 16 April 2025 dan terkesan kepada langganan PlayStation Plus Essential, PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Deluxe.

Untuk PlayStation Plus Essential, harga langganan baru adalah RM35 (1 bulan), RM95 (3 bulan) dan RM285 (12 bulan). PlayStation Plus Extra pula adalah RM55 (1 bulan), RM155 (3 bulan) dan RM490 (12 bulan). Akhir sekali PlayStation Plus Deluxe, RM65 (1 bulan), RM185 (3 bulan) dan RM575 (12 bulan).

Sebagai perbandingan, harga langganan sebelum ini adalah RM32 (1 bulan), RM75 (3 bulan) dan RM235 (12 bulan) untuk PlayStation Plus Essential, RM49 (1 bulan), RM125 (3 bulan) dan RM400 (12 bulan) untuk PlayStation Plus Extra seterusnya RM55 (1 bulan), RM145 (3 bulan) dan RM460 (12 bulan) untuk PlayStation Plus Deluxe.

Walau bagaimanapun, untuk pelanggan sedia ada pelarasan harga baru ini hanya akan dikira pada tarikh pengebilan seterusnya atau selepas 24 Jun 2025. Namun, sebarang perubahan pada keahlian seperti naik taraf, turun taraf, atau tambahan tempoh langganan, yang dilakukan pada atau selepas 16 April 2025 akan dikenakan harga langganan baru ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN