CelcomDigi kini menawarkan pas perantauan khusus untuk pengguna yang menunaikan haji. Pas ini ditawarkan pada harga RM138 untuk 50 hari dengan data tanpa had.

Pas perantuan Haji ini hadir dengan internet tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, panggilan masuk tanpa had dan 150GB data berkelajuan tinggi. Menariknya, pengguna boleh menggunakan kad sim sedia ada dan tersedia untuk pelanggan Prabayar dan Pascabayar melalui aplikasi MyDigi dan Celcom Life.
Melalui penawaran ini, CelcomDigi bekerjasama dengan 3 perayauan rangkaian di Arab Saudi iaitu Mobily, STC dan juga Zain KSA. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi CelcomDigi.