Samsung mengumumkan fungsi baru ‘Tap to Transfer’ pada aplikasi dompet digital mereka Samsung Wallet.
Melalui fungsi ini, ia memudahkan pengguna untuk melakukan pemindahan wang antara pengguna lain dengan hanya melakukan sentuhan antara peranti. Fungsi ini menggunakan teknologi NFC untuk membolehkan pemindahan dilakukan. Selain itu, kedua-dua peranti perlu mempunyai aplikasi Samsung Wallet.

Fungsi ini dibangunkan oleh Samsung dengan kerjasama Visa & Mastercard bagi membolehkan pemindahan wang dibuat secara langsung melalui Samsung Wallet. Berikutan dari itu, fungsi ini tidak memerlukan pengesahan dari Bank.
Fungsi Tap to Transfer dijangka akan tersedia pada penghujung bulan ini namun untuk permulaan ia hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja. Samsung dijangka akan memperluaskan lagi sokongan fungsi ini kepada lebih banyak negara.