Close

realme 14T 5G akan diperkenalkan pada 16 Mei ini

realme Malaysia bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru di bawah siri realme 14 pada 16 Mei ini. realme 14T 5G adalah model terakhir yang akan diperkenalkan dalam siri adalah realme 14.

realme 14T 5G bakal hadir dengan spesifikasi yang berkuasan dan rekaan yang menarik. Melalui poster rasmi yang dikongsi, peranti ini akan dilengkapi dengan cip Dimensity 6300, bateri Titan 6000mAh dan menyokong penarafan IP69.

realme mendakwa, bateri realme 14T 5G mampu bertahan sehingga 11.5 jam untuk permainan. Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin AMOLED yang menjanjikan pengalaman penggunaan yang lancar dan juga resposif.

Melihat kepada penawarannya, peranti ini dilihat sesuai untuk penggunaan harian dan juga peminat permainan mudah alih. Buat masa ini, hanya harga jualan dan ketersediaan sahaja yang masih menjadi persoalah. Seperti biasa, maklumat tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN