Kereta elektrik (EV) pertama dari Honda iaitu eN:1 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan.

Honda eN:1 dibangunkan berasaskan kepada platform baru yang dipanggil sebagai eN: Architecture F. EV ini dilengkapi dengan motor elektrik berprestasi tinggi yang mampu menghasilkan kuasa 150 kW dan tork 310 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

Dimuatkan dengan bateri sebesar 68.8 kWh yang mampu bergerak sejauh 500 km (NEDC). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC 10 kW dan pengecasan DC 78 kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam masa 45 minit.

Dari segi keselamatan, Honda eN:1 ini dilengkapi dengan sistem hoda SENSING yang menawarkan 9 fungsi bantuan pemandu canggih. Ciri lain yang turut hadir adalah seperti Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow, Lane Keep Assist System, Forward Collision Warning with Collision Mitigation Brake System dan banyak lagi.

Honda eN:1 dijual pada harga RM149,900 dan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Aqua Topaz Metallic, Urban Gray Pearl dan Platinum White Pearl. Dari segi jaminan, ia didatangkan dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000 km dan juga pakej perkhidmatan percuma sehingga 4 kali dalam tempoh 3 tahun atau 60,000 km.