Apple telahpun mengumumkan sistem operasi baru mereka iaitu iOS 26. Hadir dengan pelbagai perubahan peningkatan yang menarik merangkumi antara muka, ciri, kecerdasan buatan dan aplikasi baru.
Nama baru ‘iOS 26’

Apple melakukan perubahan besar perubahan besar pada penggunaan nama sistem operasi mereka. Apple tidak menggunakan nama iOS 19 seperti yang sepatutnya namun menggunakan nama baru iaitu “iOS 26”.

Perubahan ini adalah untuk menyeragamkan penjenamaan dalam masa yang sama mengelakkan sebarang kekeliruan pada pengguna dan pembangun. Selain itu, perubahan ini juga seiring dengan rancangan Apple untuk melakukan reka bentuk semula pada semua platform.
Antara muka Liquid Glass

Selain penggunaan nama baru pada sistem operasi, Apple turut hadir dengan antara muka baru yang dipanggil sebagai ‘Liquid Glass’. Antara muka baru ini menggunakan elemen lutsinar bersama dengan animasi yang lebih dinamik.

Antara muka baru ini akan turut diselarikan mengikut kepada tema yang digunakan seperti gelap atau cerah. Selain itu, antara muka ini nampak lebih menonjol, interaktif dan juga lebih responsif. Perubahan ini merangkumi lock screen, home screen dan juga aplikasi lain.
Apple Intelligence dipertingkat


Apple turut mengumumkan beberapa penambahbaikan pada kecerdasan buatan mereka iaitu Apple Intelligence. Melaluinya, ia kini menyokong ciri live translation secara masa nyata untuk teks dan juga suara. Ciri ini boleh digunakan pada face time, mesej dan juga panggilan telefon.


Visual intelligence turut ditambah baik dengan menyokong carian berdasarkan apa yang dipaparkan pada skrin dan memberikan cadangan untuk tindakan seterusnya. Sebagai contoh, pengguna boleh menambah acara secara terus ke kalender berdasarkan mesej atau mencari produk yang serupa di web berdasarkan imej.
Aplikasi khusus untuk permainan

Apple memperkenalkan aplikasi baru yang memfokuskan kepada permainan iaitu Apple Games. Seperti namanya, aplikasi ini akan menempatkan semua permainan yang ditawarkan oleh Apple termasuklah Apple Arcade.

Aplikasi ini turut hadir dengan ciri Play Together, membolehkan anda menjemput rakan atau pengguna lain ke dalam permainan kegemaran anda. Lebih menarik, anda boleh mencipta cabaran khas untuk sesuatu permainan.

Secara asasnya, aplikasi ini memudahkan pengguna untuk mengetahui pelbagai perkara mengenai permainan seperti kemas kini terbaru permainan, acara dan juga melihat skor pengguna lain.
Apple Music, Maps dan Wallet

Aplikasi Apple Music, Maps dan Wallet turut menerima ciri baru untuk memberikan pengalaman penggunaan lebih baik. Untuk Apple Music, ia kini menyokong lyrics translation, pronunciation, auto mix dan music pins. Maps kini membolehkan pengguna kini boleh menjejaki tempat yang pernah dilewati melalui ciri visited places.


Untuk Wallet, pengguna kini boleh melakukan bayaran secara ansuran dan menggunakan ganjaran di Apple Pay. Terdapat juga live boarding passes yang akan memaparkan status penerbangan dalam masa nyata. Selain itu, fungsi car keys akan menyokong lebih banyak pengeluar tidak lama lagi.