Close

HUAWEI FreeBuds 6 turut tiba di Malaysia dengan harga RM699

Seiring dengan ketibaan MatePad Pro 12.2-inci 2025, HUAWEI turut memperkenalkan TWS baru mereka iaitu FreeBuds 6. Hadir dengan spesifikasi yang lebih baik tanpa perubahan ketara dari segi rekaan.

FreeBuds 6 merupakan TWS pertama jenis Open-fit yang menyokong teknologi HUAWEI Sound dan juga Dual-drivers 11mm. Menurut HUAWEI, FreeBuds 6 menggunakan 20% ruang lebih kecil berbanding FreeBuds Pro 4. Walaupun menggunakan ruang yang lebih kecil namun ia mampu menghasilkan bunyi yang lebih berkualiti.

TWS ini turut menyokong pemacu Diafragma Planar UHF yang memberikan kualiti bunyi yang lebih tepat pada frekuensi ultra tinggi. Selain itu, ia turut hadir dengan triple adaptive EQ yang memberikan pengalaman bunyi yang optimum mengikut citarasa pengguna.

Ciri lain yang turut ditawarkan adalah seperti clear calls, AI volume control, AI compensation algorithm dan lain-lain. Dari segi sambungan, ia menyokong dual-device connection dan boleh digunakan pada peranti Android dan juga iOS. FreeBuds 6 ini mampu bertahan sehingga 36 jam dengan bantuan bekas pengecas.

Untuk pasaran tempatan, FreeBuds 6 dijual pada harga RM699 dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih dan ungu. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula 24 Jun 2025. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM327.

ARTIKEL BERKAITAN