Close

ChatGPT boleh jana imej dalam WhatsApp – Ini caranya

Jika sebelum ini, ChatGPT pada WhatsApp hanya membolehkan pengguna bertanyakan soalan atau muat naik imej sahaja. Terbaru, ChatGPT pada WhatsApp kini menyokong kemampuan untuk menjana imej.

Untuk mula menjana imej, pengguna perlu mengaktifkan ChatGPT pada WhatsApp dengan menambah atau menyimpan nombor 1-800-242-8478 atau 1-800-ChatGPT. Seterusnya, pengguna boleh menjana imej dengan memberikan arahan yang diinginkan.

Namun begitu, proses tersebut mengambil sedikit masa dan terhad untuk satu janaan imej dalam tempoh 24 jam atau sehari. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk menjana lebih dari satu imej dalam sehari.

Untuk menjana imej lebih banyak dalam satu hari, pengguna perlu menyambungkan akaun ChatGPT. Untuk menyambungkan akaun ChatGPT, ikut arahan yang diberikan dan tunggu sehingga proses selesai. Selepas berjaya, pengguna boleh menjana lebih banyak imej dalam satu hari bergantung kepada kuota yang diberikan.

Sebelum ini, fungsi atau ciri ini hanya boleh diakses melalui web atau aplikasi ChatGPT sahaja. Kini, ciri tersebut boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN