Close

Xiaomi MIX Flip 2 kini rasmi – Guna cip Snapdragon 8 Elite dengan kamera Leica

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan telefon lipat baru mereka iaitu MIX Flip 2. Merupakan telefon lipat jenis clamshell generasi kedua yang ditawarkan oleh Xiaomi. Tampil dengan rekaan yang sama tetapi dengan peningkatan yang lebih baik dalam setiap aspek.

MIX Flip2 hadir dengan skrin luar AMOLED bersaiz 4.01-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Untuk skrin utama, ia menggunakan skrin LTPO OLED bersaiz 6.86-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Menurut Xiaomi, skrin luar peranti ini menyokong lebih dari 500 aplikasi merangkumi media sosial, navigasi dan lain-lain.

Peranti ini hanya setebal 7.6mm apabila dibuka dan berat hanya sekitar 199gram sahaja. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Selain itu, peranti ini turut hadir dengan sistem penyejukan dual VC 3D untuk pengurusan haba yang lebih baik.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra dan swafoto 32MP. Keupayaan kamera peranti ini dibantu dengan teknologi kamera Leica. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 5165mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Di China, Xiaomi MIX Flip 2 dijual pada harga bermula sekitar CNY5999 (RM3536) untuk model asas dan mencapai sehingga CNY7999 (RM4715) untuk spesifikasi paling tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN