HONOR secara rasmi memperkenalkan fon lipat mereka yang seterusnya iaitu Magic V5. Hadir dengan pelbagai peningkatan menarik dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan serta kapasiti bateri yang lebih besar.

Magic V5 tampil dengan rekaan yang lebih nipis iaitu 8.8mm apabila dilipat dan 4.1mm apabila dibuka. Dari segi berat, Magic V5 hanya seberat 217 gram sahaja sebagai perbandingan berat untuk Magic V3 adalah 222 gram. Selain itu, ia kini menggunakan bingkai jenis rata untuk memberikan genggaman yang lebih baik dan selesa.

Menggunakan skrin luar bersaiz 6.43-inci OLED LTPO dan skrin dalaman bersaiz 7.95-inci OLED LTPO. Untuk skrin luar, ia dilindungi dengan Anti-scratch NanoCrystal Shield manakala untuk skrin dalaman ia dilindungi dengan Super Armored Inner Screen. Selain itu, kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dan Dolby Vision.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Magic V5 dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar 6100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 64MP Telefoto. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IP58/IP59, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan Magic OS 9.0.1 berasaskan Android 15.
Di China, HONOR Magic V5 dijual pada harga bermula sekitar CNY8999 (RM5890) untuk varian asas dan mencapai sehingga CNY10,999 (RM7210) untuk varian paling tinggi. Ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu ivory white, black, dawn gold dan reddish brown. Peranti ini akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.