nubia secara rasmi memperkenalkan tablet baru yang memfokuskan kepada permainan iaitu RedMagic Astra Gaming Tablet. Seperti namanya, peranti ini hadir dengan spesfisikasi yang berkuasa dan dimuatkan dengan pelbagai ciri menarik untuk permainan.


RedMagic Astra Gaming Tablet ini hadir dengan skrin OLED bersaiz 9.06-inci dengan resolusi 2.4K. Turut menyokong paparan 165Hz, kecerahan puncak 1600 nits dan touch sampling rate 240Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang digabungkan dengan 24GB RAM LPDDR5T dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Tablet ini turut dijana dengan cip RedCore R3 Pro memberikan penyesuaian prestasi, kawalan haba dan pengoptimuman bateri secara masa nyata. Dimuatkan dengan bateri 8200mAh yang menyokong pengecasan 80W, mampu mengecas dari 50% hanya dalam masa 20 minit. Untuk fotografi, ia menggunakan kamera belakang 13MP dan swafoto 8MP.

Tablet ini turut hadir dengan sistem penyejuk ICE 3.0 yang membantu untuk mengawal suhu untuk penggunaan yang lebih stabil. Tidak ketinggalan, tablet ini turut mempunyai lampu RGB pada bahagian belakang. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah WiFi 7, pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.4, USB-C 3.2 Gen 2, Dua pembesar suara stereo 1620 dan menjalankan sistem operasi RedMagic OS 10.5.

Di Malaysia, RedMagic Astra Gaming Tablet ini dijual pada harga RM3399 (12GB + 256GB), RM4199 (16GB + 512GB) dan RM5199 (24GB + 1TB). Peranti ini akan mula dijual pada 14 Julai ini, boleh dibeli dengan harga promosi pada 14 hingga 17 Julai ini dengan harga lebih rendah RM 2999, RM 3799 dan RM 4799.