Close

Samsung bakal perkenal fon tri-lipat pada tahun ini

Fon tri-lipat pertama dari Samsung dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2025. Maklumat tersebut dikongsi oleh Presiden Samsung Electronics iaitu TM Roh.

Menurut beliau, ketika ini pasukan Samsung berada dalam fasa penambahbaikkan produk dan meningkatkan kebolehgunaannya. Selain itu, nama rasmi untuk model tersebut belum ditetapkan dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Tiada maklumat lanjut yang dikongsi mengenai rekaan atau spesisikasi untuk fon tri-lipat pertama dari Samsung. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan peranti tersebut akan berasaskan kepada konsep fon tri-lipat yang pernah dilihatkan sebelum ini.

Fon tri-lipat dari Samsung ini dijangka menggunakan konsep llipatan seperti surat dengan skrin akan dilipat ke dalam dan tiada skrin luar. Rekaan ini menjadikan ia kurang terdedah kepada masalah skrin seperti mana HUAWEI Mate XT.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN