Beberapa perkhidmatan Maybank tidak boleh diakses pada 19 Julai 2025, perkara tersebut dikongsi melalui laman web rasmi Maybank.
Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh penyelenggaraan sistem secara berkala untuk memastikan pengalaman penggunaan lebih baik pada masa akan datang. Berikutan dari itu, beberapa perkhidmatan perbankan tidak boleh diakses buat sementara waktu.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti DuitNow Transfer, DuiNow Request, DuitNow QR, JomPaY, Interbank GIRO, FPX, dan Debit Mandate melalui Maybank2u web, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi), tidak boleh diakses bermula 19 Julai, Sabtu dari jam 3.00 am hingga 8.00am. Manakala untuk perkhidmatan ATM, ia tidak boleh diakses dari 19 Julai, Sabtu dari jam 12.00 am hingga 8.00 am.
Berikutan dari itu, Maybank menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pengguna digalakkan untuk merancang urusan perbankan. Untuk maklumat lanjut atau bantuan layari laman web rasmi Maybank.