Close

Siri HUAWEI Pura 80 akan tiba di Malaysia pada 24 Julai ini

HUAWEI Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti andalan mereka iaitu siri Pura 80 pada 24 Julai ini. Peranti ini telahpun dilancarkan secara global dalam satu acara yang berlangsung di Dubai.

Siri HUAWEI Pura 80 hadir dengan tiga pilihan model iaitu Pura 80, Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra. Seperti model sebelumnya, siri Pura lebih memfokuskan kepada kemampuan fotografi mudah alih dengan rekaan yang premium dan spesifikasi yang berkuasa.

HUAWEI Pura 80 Ultra merupakan model paling premium dalam siri ini, hadir sistem kamera baru iaitu Dual-Telefoto Switchable. Teknologi ini membolehkan pengguna memilih dua tahap zum yang berbeza tapi apa yang lebih menarik kedua-dua zum ini dimuatkan dalam satu sensor yang bersaiz 50MP.

Namun begitu, untuk HUAWEI Pura 80 dan Pura 80 Pro ia tidak dilengkapi dengan sistem kamera yang sama seperti Pura 80 Ultra. Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan skrin LTPO OLED dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua.

Selain itu, semua model akan dilengkapi dengan sokongan WiFi 7, penarafan IP68/IP69, komunikasi satelit, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5.1.

Seiring dengan ketibaannya, pengguna kini boleh membuat pra-tempahan awal dengan bayaran deposit di HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, atau TikTok Shop. Setiap pra-tempahan akan menerima baucar eksklusif dan hadiah percuma bernilai hingga RM1428.

ARTIKEL BERKAITAN