YouTube bakal melaksanakan perubahan besar pada polisi monetisation untuk pencipta kandungan. Buat yang tidak mengetahui, monetisation membolehkan pencipta kandungan menjana pendapat melalui video mereka.
Bermula 15 Julai 2025, YouTube bakal melakukan perubahan besar pada YouTube Partner Program (YPP). Melalui perubahan ini, YouTube tidak akan membayar kandungan atau video yang menggunakan janaan AI, kandungan berulang tanpa tujuan jelas, kandungan yang diambil tanpa perubahan ketara dan kandungan dengan tujuan clickbait.
Namun begitu, kandungan berulang masih dibenarkan jika ia mempunyai nilai pendidikan atau hiburan yang jelas.
Perubahan ini dibuat bagi melindungi kualiti kandungan dan juga untuk mengekalkan kepercayaan pengiklanan. Dalam masa yang sama memastikan pencipta kandungan yang kreatif atau asli menerima ganjaran yang sepatutnya.
Tidak dinafikan, teknologi AI dilihat membantu dalam penghasilan kandungan melalui AI generatif. Namun begitu, kandungan yang dihasilkan adalah berkualiti rendah, tiada nilai tambah dan boleh mendatangkan salah faham.
Langkah ini jelas menunjukkan komitmen YouTube dalam menapis kandungan berkualiti rendah dan automatik serta memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik.