Kerajaan bakal menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kerajaan kekal dengan perancangan untuk menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.

Melalui penyasaran subsidi RON95 yang akan dilaksanakana tidak lama lagi, rakyat bakal menikmati harga RON95 yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter. Ketika ini, harga untuk RON95 adalah RM2.05 seliter. Penyasaran ini dijangka akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta dan juga penunggang motosikal.
Selain itu, pendekatan ini dilihat sejajar dengan ikthiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi.