Apple telahpun melepaskan kemas kini Public Beta iOS 26 untuk pengguna. Membolehkan pengguna mencuba dan merasai pelbagai fungsi baru pada iOS 26 dengan lebih awal.

iOS 26 hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi antara muka baru, ciri yang ditambah baik, aplikasi baru dan sokongan Apple Intelligence yang lebih pintar. Perubahan paling menarik adalah antara muka baru yang lebih menonjol yang dipanggil sebagai Liquid Glass.

Seperti namanya, antara muka baru ini mengguna elemen lutsinar bersama dengan animasi yang lebih dinamik. Beberapa aplikasi seperti Photos, Camera dan Safari turut menyokong elemen lutsinar.

Terdapat 26 model yang di senarai menyokong iOS 26 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15 dan siri iPhone 16.
Harus diingatkan, versi ini mungkin tidak berapa stabil untuk penggunaan harian dan mungkin terdapat pepijat. Bagi pengguna yang berminat untuk mencuba, anda disarankan melakukan proses backup terlebih dahulu.