Kamera aksi AKASO 360 kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Ditawarkan dalam dua pilihan pakej iaitu Standard Combo dan juga Creator Combo.

Seperti namanya, AKASO 360 merupakan kamera aksi 360 darjah yang direka khas untuk pencipta kandungan. Hadir dengan rekaan yang kompak dengan skrin sesentuh bersaiz 2.29-inci yang boleh digunakan untuk mengakses kawalan atau tetapan.

Kamera aksi ini mampu merakam video pada resolusi sehingga 5.7K dan foto 72MP dengan dwi-sensor 48MP. Kamera ini turut menyokong pelbagai format rakaman seperti video menegak, sinematik mendatar atau panorama ultra lebar.

Turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti penjejakan subjek automatik berasakan AI, 360° horizon lock dan juga invisible selfie stick. Selain itu, kamera aksi ini juga mempunyai aplikasi AKASO 360, membolehkan pengguna menyunting dan berkongsi kandungan terus dari telefon.
Untuk pasaran Malaysia, AKASO 360 dijual harga bermula RM999 untuk Standard Combo dan RM1099 untuk Creator Combo. Untuk Standard Combo ia boleh dibeli dengan harga promosi RM899 sehingga 31 Ogos di Shopee, Lazada dan TikTok. Manakala untuk Creator Combo, ia ditawarkan dengan jaminan tambahan 1+1 sehingga 30 September.