Close

Sony RX1R III kini boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga RM20,999

Sony RX1R III kini boleh dipra-tempah untuk pengguna di Malaysia. Merupakan sebuah kamera kompak yang memfokuskan kepada imej melalui sensor baru yang lebih berkuasa.

Sony RX1R III menggunakan binaan aloi magnesium dan dilengkapi dengan sensor Exmor R CMOS 61MP full-frame yang digabungkan dengan cip pemproses imej BIONZ XR dan lensa tetap ZEISS Sonnar T 35mm F2*.

Kamera ini menyokong sistem autofokus 693 titik dengan teknologi Real-Time Tracking untuk penjejakan subjek secara automatik. Turut menawarkan keupayaan rakaman video sehingga 4K 30p (10-bit) serta menyokong mod Step Crop dan mod makro.

Selain itu, kamera ini turut dilengkapi paparan EVF XGA OLED dengan 2.36 juta titik dan skrin sentuh bersaiz 3.0-inci. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong pengecasan pantas dengan teknologi USB-C Power Delivery.

Sony RX1R III ini dijual pada harga RM20,999 dan boleh dipra-tempah melalui laman rasmi mereka dengan hadiah percuma bateri NP-FZ100 dan kad SD Sony SF-G64T.

ARTIKEL BERKAITAN