Selepas diperkenalkan pada May lalu, Sony Xperia 1 VII kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Tampil dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa namun kekal dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.

Sony Xperia 1 VII hadir dengan skrin Bravia OLED bersaiz 6.5-inci dengan resolusi 4K dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB, turut menyokong slot mikroSD.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP Ultra Sudut Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 12MP. Kemampuan kamera ini turut dilengkapi dengan teknologi kamera Sony Alpha. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo dan pengimbas cap jari pada butang kuasa. Menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15 dengan sokongan kemas kini 4 tahun untuk Android dan 6 tahun untuk keselamatan.

Di Malaysia, Sony Xperia 1 VII dijual pada harga RM6499 dan ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Slate Black, Moss Green dan Orchid Purple. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma WH-1000XM6 yang bernilai RM2099, selagi stok masih ada.