Close

Ryt Bank diperkenalkan– Bank pertama di dunia yang dikuasakan oleh AI

Ryt Bank yang dibangunkan oleh YTL Group dan Sea Limited telah diperkenalkan secara rasmi. Merupakan bank pertama di dunia yang dikuasakan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI).

Ryt bank dikuasakan oleh Ryt AI,merupakan pembantu AI yang dijana ILMU. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pembayaran bil atau transaksi melalui arahan teks atau imej (resit atau screenshot). Bukan itu sahaja, Ryt AI turut boleh membantu menjejaki perbelanjaan, memberi tips simpanan, memahami tabiat perbelanjaan, semak transaksi, isikan butiran pembayaran secara automatik dan lain-lain.

Dari segi keselamatan, Ryt Bank menyokong penyulitan berlapis, pengesahan log masuk melalui biometrik dan amaran penipuan masa nyata. Bank digital ini beroperasi dengan lesen rasmi Bank Negara Malaysia dan merupakan ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Sempena ketibaannya, Ryt menawarkan pulangan sehingga 4% setahun untuk Simpanan Pintar, perkhidmatan Ryt PayLater dan kredit segera sehingga RM1499, tanpa dokumen, tanpa caj lewat, 0% faedah bulan pertama. Selain itu, pengguna turut boleh memohon kad Ryt yang membolehkan pengguna mengeluarkan wang tunai daripada ATM di seluruh negara tanpa caj.

Bagi yang berminat, aplikasi Ryt Bank boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

ARTIKEL BERKAITAN