Apple mungkin akan melakukan perubahan reka bentuk pada butang camera control untuk siri iPhone 18.

Menurut laporan, Apple tidak merancang untuk membuang butang camera control sebaliknya akan mereka bentuk semula butang tersebut. Sebelum ini, ada laporan menyatakan siri iPhone 18 tidak akan hadir dengan butang camera control.

Apple akan membuang fungsi kapasitif pada butang camera control, namun mengekalkan fungsi pressure-sensing. Antara sebab Apple melakukan perubahan tersebut adalah kerana kos komponen kapasitif yang mahal dan juga kesukaran untuk dibaiki.
Walau bagaimanapun, perubahan tersebut dikatakan tidak akan menjejaskan pengalaman pengguna kerana melibatkan rekaan dalaman dan juga kos. Selain itu, perubahan ini dijangka akan dapat meningkatkan ketahanan dan memudahkan proses pembaikan.