Close

Siri iPhone 17 dijangka hanya menyokong eSIM sepenuhnya

SIri iPhone 17 dijangka hanya akan menyokong eSIM sepenuhnya, bermaksud tiada lagi sokongan slot sim fizikal.

Apple bakal meneruskan langkah besar meraka dalam penggunaan eSIM sepenuhnya pada siri iPhone 17. Jika sebelum ini, perubahan tersebut hanya terhad di Amerika Syarikat, namun kini diperluaskan ke pasaran Eropah (EU).

Menurut laporan, pekerja di kedai rasmi Apple dan Apple Authorized Resellers di Eropah telah diwajibkan untuk melengkapkan kursus latihan berkaitan dengan sokongan eSIM sebelum 5 September. Tarikh tersebut dilihat signifikan dengan ketibaan siri iPhone 17 pada 9 September 2025.

Maklumat latihan mengenai kursus tersebut boleh diakses melalui aplikasi dalaman Apple iaitu SEED app, aplikasi yang digunakan oleh pekerja Apple di seluruh dunia. Laporan ini telah menimbulkan spekulasi mengenai sokongan eSIM sepenuhnya akan diperluaskan secara global.

Namun begitu, ia bergantung kepada negara dan pengecualian tertentu sebagai contoh di China masih lagi bergantung kepada SIM Fizikal. Sejak pelancaran iPhone 14 pada 2022, Apple tidak lagi menawarkan sokongan slot SIM Fizikal di Amerika Syarikat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN