Close

AirPods Pro 3 tiba di Malaysia dengan harga RM999

Apple secara rasmi memperkenalkan generasi terbaru TWS mereka iaitu AirPods Pro 3. Untuk kali ini, ia memfokuskan kepada kualiti audio yang lebih baik, kesihatan dan juga kecerdasan buatan (AI).

Dari segi rekaan, tiada perubahan ketara daripada model sebelumnya. Ditawarkan dengan lima pilihan saiz eartip untuk memberi keselesaan yang lebih baik dan lebih stabil. Kualiti bunyi kini dipertingkat dengan multiport acoustic architecture dan adaptive EQ generasi baru yang menjadikan vokal lebih jelas, bass lebih mendalam dan soundtsage yang lebih luas.

Apple menyatakan, AirPods Pro 3 menyokong ANC yang lebih baik iaitu dua kali ganda berbanding AirPods Pro 2 dan 4 kali ganda berbanding AirPods Pro. Buat pertama kalinya, AirPods Pro menyokong kemampuan untuk mengukur kadar degupan jantung serta menjejak lebih 50 jenis senaman.

Selain itu, ia turut menyokong ciri Live Translation yang membolehkan terjemahan dilakukan dalam masa nyata ketika berkomunikasi secara bersemuka. Terdapat juga ciri Workout Buddy dengan Apple Intelligence yang memberikan analisis secara masa nyata semasa senaman.

Untuk ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 8 jam dalam mod ANC dan meningkat kepada 10 jam dalam mod Tranparency. Tidak ketinggalan ia turut menyokong penarafan IP57, hearing protection dan juga hearing test.

Untuk pasaran tempatan, AirPods Pro 3 akan dijual pada harga RM999, namun tiada maklumat mengenai ketersediaannya buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN