Seiring dengan pelancaran siri iPhone 17, Apple turut berkongsi maklumat mengenai kemas kini iOS 26 versi stabil.
Menurut Apple, kemas kini iOS 26 versi stabil akan tiba kepada pengguna pada 16 Septmeber 2025. Selain itu, kemas kini sistem operasi versi stabil untuk iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26 dan tvOS 26 akan turut tersedia.

Pada acara WWDC 2025, Apple secara rasmi mengumumkan sistem operasi mereka seterusnya iaitu iOS 26. Hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi antara muka baru Liquid Glass, ciri yang ditambah baik, aplikasi baru dan sokongan Apple Intelligence yang lebih pintar.

Sebelum ini, Apple telahpun menyenaraikan iPhone yang menyokong sistem operasi mereka yang seterusnya. Terdapat 26 model yang di senarai menyokong kemas kini iOS 26 bermula dari iPhone SE ke-2 ke atas, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14, siri iPhone 15 dan siri iPhone 16.