Apple bakal meneruskan trend pengurangan aksesori dalam kotak dengan pelancaran AirPods Pro 3.

Merujuk kepada laman spesifikasi rasmi, TWS baru dari Apple iaitu AirPods Pro 3 akan dijual tanpa kabel pengecas USB-C di dalam kotak. Bermaksud, pengguna perlu membelinya secara berasing atau menggunakan kabel pengecas sedia ada.

Perubahan ini dilhat selari dengan strategi Apple sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak lagi menyertakan kepala dan kabel pengecas dalam kotak produk baru. Alasan utama perubahan ini adalah untuk melindungi dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
Langkah ini dijangka akan memberi kesan kepada pengguna baru berbanding pengguna sedia ada. Namun persoalannya, adakah perubahan ini sememangnya benar-benar untuk kelestarian atau sekadar strategi perniagaan dari Apple?