Nothing secara rasmi mengumumkan TWS premium baru mereka iaitu Ear (3) bagi menggantikan model sebelumnya iaitu Ear.

Ear (3) hadir dengan rekaan lebih premium dengan ciri baru yang dipanggil sebagai Super Mic. Masih menggunakan rekaan lutsinar namun bekas pengecas kini menggunakan binaan aluminium untuk memberikan pengalaman yang lebih premium dan kukuh.

Peranti ini dimuatkan dengan pemacu dinamik 12mm yang menjanjikan kualiti audio yang lebih baik untuk bass dan stage sound kini lebih luas. Kemampuan Adaptive Noise Cancellation (ANC) turut ditambah baik menyokong sehingga 45dB, memberikan pengalam muzik dan tontonan yang lebih imersif.
Selain itu, ia turut menyokong Spatial Audio dengan codec AAC, SBC dan LDAC. Ciri utama yang ditengahkan pada peranti ini adalah Super Mic iaitu sistem dwi-mikrofon yang terbina pada bekas pengecas. Ciri tersebut boleh diaktfikan dengan menekan butang khas Talk. Boleh digunakan untuk panggilan telefon dan merakam nota sura melalui aplikasi memo pada Android dan iOS.

Tidak ketinggalan, setiap earbud turut dilengkapi dengan tiga mikrofon terbina. Selain itu, ia turut menyokong Spatial Audio dengan codec AAC, SBC dan LDAC. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti sokongan dual-connection, Bluetooth 5.4, mod low-latency, Hi-Res Audio dan penarafan IP54 pada bekas pengecas dan earbud.
Dari segi ketahanan bateri, Nothing mendakwa peranti ini mampu bertahan sehingga 5.5 jam dengan mod ANC diaktifkan dan 10 jam tanpa mod ANC. Jika digunakan dengan bekas pengecas ia mampu bertahan sehingga 38 jam. Selain itu, bekas pengecas ini menyokong pengecasan pantas serta pengecasan tanpa wayar.

Untuk pasaran Malaysia, Nothing Ear (3) dijual pada harga RM758 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Putih.