Nikon secara rasmi memperkenalkan Nikon ZR yang dibangunkan dengan kerjasama RED Digital Camera (‘RED’). Selain itu, ia merupakan model pertama dalam siri Z CINEMA, mampu merakam sehingga resolusi 6K dengan teknologi warna yang dipilih oleh RED untuk memberikan hasil yang lebih sinematik.

Nikon ZR hadir dengan rekaan kompak dengan berat 540 gram menjadikan ia kamera Cinema paling ringan dalam kelasnya. Dilengkapi dengan sensor 24.5MP full-frame jenis ‘partially stacked’ yang mampu merakam 6K pada 60fps dalam R3D NE, N-RAW dan ProRes RAW HQ. Selain itu, ia turut boleh merakam pada resolusi 4K pada 120fps dan gerak perlahan pada 240fps.

Kamera ini turut menawarkan Dual Base ISO iaitu 800 dan 6400 dengan 15+ stops dynamic range. Menggunakan auto fokus berasaskan AI dengan 5-axis penstabilan imej dan menyokong integrasi Frame.io untuk muat naik rakaman terus ke cloud. Kamera ini turut dilengkapi dengan mod sinematik RED secara terbina dan tujuh format video.

Mampu merakam audio 32-but float melalui mikrofon terbina dengan teknologi Nokia OZO Audio dengan lima pilihan rakaman omnidrectional dan binaural. Nikon ZR dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 4-inci dengan kecerahan puncak 1000 nits.

Di Malaysia, Nikon ZR dijual pada harga bermula RM9688 untuk body sahaja RM12,408 dengan Z 24-70mm dan RM13,318 dengan Z 24-200mm.